Tuesday, April 12, 2011

Bahasa Mencerminkan Bangsa

Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara;
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Aku selalu menyalahgunakan penggunaan Bahasa Melayu disetiap entri blog aku.
Tatabahasa yang tunggang-langgang, mencampurkan Bahasa Melayu dengan bahasa lain.

Seharusnya aku berbangga dengan Bahasa Melayu.
Justeru itu, patut kiranya seminggu sekali aku menggunakan Bahasa Melayu yang tidak dicampur aduk dengan bahasa yang lain.

Sekiranya, anda semua berasa jelak dengan ayat yang dianggap skema, maka usah la kiranya anda membaca entri tersebut.

Mudik kehulu ke kuala Pekan,
Hendak membeli haruman kasturi;
Salah dan silap harap dibetulkan,
Agar menjadi rujukan diri.

11 comments:

JEFRIZAL said...

Usop Wilcha berjiwa lembut,
Husin Lempoyang bukan hero hantu kak limah balik kampung,
Apa jua bahasa yang disebut,
Aku tetap orang kampung.

wahyde said...

hahaha mari berpantun

Anak kecil mencandat sotong,
Umpan hilang entah ke mana;
Apa dikira orang kampung,
Bahasa Melayu tetap diguna.

JEFRIZAL said...

Sotong dicandat buat goreng tepung,
Tapi tidak sesedap ikan pari masak asam,
Bahasa melayu loghat kampung,
Cakap laju sikit semua tak faham.

wahyde said...

Sotong dimasak bersama tepung,
Tapi tuan menunggu Pari asam;
Boleh lah kiranya tuan menolong,
Perlahan sedikit supaya faham.

JEFRIZAL said...

hang ulang balik guna sotong dan pari,
habih tu aku nak guna apa pulak?
jenuh la aku macam ni,
tak buleh nak pikiaq menatang apa pulak.

wahyde said...

sotong, pari dan juga kambing,
hang makan langsung tak menoleh;
tak perlu gusar tak perlu pening,
hang jawab ja apa yang boleh.

hahahahha

chicharitos said...

hr2 main gitar.
main gitar dgn usop wilcha.
cam ner nk expert main gitar,
hr2 tgk bola jer kje nya....
hahahaha...glory2 man utd....

wahyde said...

Park Ji Sung salah seorang scorer
usop wilcha tengok tak buat keje
Selepas sebulan gitar tak terer-terer
kito bakor ....kito bakor aje

chicharitos said...

hr2 tgk bola,
tgk bola kat astro(rtm xde)
jika x pandai nk wat camna,
xkn nk salahkn cikaro...
(ce citer2!!!!)

wahyde said...

hr2 tgk bola,
tgk bola kat astro
jika x pandai blaja la semula,
jgn nk salahkn kome nye cikaro

sole...soleee....solleeee

sepupu 2 kali dgn usop wilcha said...

hr2 kuar dgn usop wilcha,
ajak cikaro g seksyen dua...
mcm mna nk blaja semula;
kalu da mlas jer jawapannya..
ce cite2....
ke kite bako jer...huhuhuh