Friday, December 9, 2011

Gerhana Bulan penuh pada 10 Disember


Gerhana bulan penuh dengan pemandangan seakan-akan bola raksasa kuning tembaga terapung di angkasa selama lebih 40 min dijangka berlaku pada malam 10 Disember ini. (terbayang dragon ball yg besar je bila dorg tulis camni…hihihi..)

Bayang bumi akan mula menyentuh sisi sebelah kanan bulan tepat pukul 8.46 malam menandakan permulaan fasa gerhana bulan dan masa yang diambil oleh baying gelap itu untuk menyapu keseluruhan muka bulan hanya 75min.

(time ni pe yg akan jadi kat vampires,  werewolves, & yg ader kuasa2 pelik tu ek...hihihi)

Peringakat pertengahan gerhana penuh itu dihitung berlaku pada pukul 10.32 malam ketika ketiga-tiga jasad samawi iaitu bulan, bumi & matahari berada dalam kedudukan satu garisan dan satu satah.

Ia menandakan fasa purnama Muharram 1433 Hijrah yang sama dengan kemuncak gerhana penuh dan jangkamasa bulan melewati kawasan bayang dalam bumi ialah selama tiga jam 22 minit sehingga gerhana berakhir pukul 12.18pagi

Menurut kenyataan itu, solat sunat gerhana bulan di Negara ini boleh dilakukan sebaik sahaja bayang bumi mula kelihatan di permukaan bulan iaitu kira2 pukul 8.46malam

So sape nk teman aku solat sunat & tgk gerhana bulan ni….. ^^



Source : Utusan Malaysia, Blog Pasal Bulan