Showing posts with label Naskah. Show all posts
Showing posts with label Naskah. Show all posts

Friday, January 6, 2012

Kisah Duka Sapa Ntah

L: Kita berpisah lah

P: Kenapa tetiba awk cakap mcm ni

L: sy rasa kita xbleh bersama. sy xdpt menyesuaikan diri or terima perangai awak. awk seorg yg degil

P: Adakah ni sbb penyakit sy? sy cuma gtau awk mengenai penyakit sy. supaya awk aware yg sy ada  kemungkinan utk masuk hspital. itu ajer

L: tp awk terlalu push sy utk dgr menda tu. sy xsuka dgr psal masuk hpital ni. lgpon rsa syg terhadapt awk dh xder. kalau awk paksa sy utk syg awk dimasa hadapan, mungkin xbleh.

P: Apa sy nk gtau parents sy? sedangkn lusa patut nya kita bertunang.

L: Habis awk igt sy ckap apa kat parents sy?

P: Selama ni awk ckap awk syg sy, awk yg ajak sy kahwin. Awk yg xbg sy kuar dgn lelaki lain. Awk dh xsyg sy, tp naper awk still pretend

L: Secara jujur, itu cuma nafsu, & awk plak lawa. Sy xpasti betul ke keputusan sy time tu.

P (tersentak)

L: Lgpon sy xtau sgt pasal kisah silam or sejarah awk.

P: Awk nk tau aper pasal sy? sy bleh gtau awk sumer.

L: Xperlu. sy dh xnk tau. sy dh xberminat nk tau pasal awk

P (tersentak lg...dlm ati rsa mcm ayat tu kejam giler)

L: Camni la, kalau awk xtau nk gtau aper kat parents awk & awk nk paksa sy utk kawen dgn awk jugak,
    sy boleh kahwin dgn awk. tp nnt awk jgn salahkn sy, kalau lepas seminggu sy ceraikn awk.
    hurmm...xguna kita bersama, nnt kita sdr yg xbahagia. Mungkin kita xder jodoh.

P: apalah guna nya sy cuba utk selamatkn perhubungan ini, jika awk xnk berkerjasama & dh berniat nk ceraikn sy.
    mengenai perangai sy, knapa dr dlu awk xbgtau, knapa skang br bgtau, bkn kah perangai itu boleh diubah.
    syg itu boleh dipupuk blk, cuma tepulang kpd individu sama ada mahu atau tidak.
    namun skang syg awk itu dh xder, awk anggap sy sbg musuh je skang kn. ni je nilai sy kat awk kn....xberharga...

Senyap...& dua2 beredar dari lokasi

**morale of the story?

OK tak kalu wat fanfic....hihihih...cerita ini tiada kaitan dengan yg hidup or yg mati, kalu ader gak yg berkaitan .....itu cuma secara kebetulan ^^

Wednesday, January 4, 2012

Bila Aku Jatuh Cinta

Entah biler aku makin addicted to lagu Awi Rafael ni...bila aku jatuh cinta...
Sememang nyer aku jatuh cinta dengan lagu ni....
Selalu secara tetiba mulut aku mesti mengalunkan melodi lagu ni..

So korang layan la lagu ni jugak..xkn aku sorg jer addicted dgn lagu ni...ini tidak aci hihihi ^^

Awi Rafael - Bila Aku Jatuh Cinta Chord

Intro: G D A Bm A D

G C G D
Bisakah ku tanpamu
Am C G D
Bisakah ku tanpamu
G C
Hatiku mulai rapuh
G D
Hatiku mulai sepi
Am C G D
Bisakah ku tanpamu

Gm
Bila aku jatuh cinta
D Bm
Kan ku sebut namamu
C
Kan ku tulis lagumu
Cm C
Akan ku katakan kata-kata indah
Em
Hanya untukmu

Am C G D
Relakah ku tanpamu
Am C G D
Relakah ku tanpamu

G
Bila aku jatuh cinta
Bm
Kan ku sebut namamu
C
Kan ku tulis lagumu
Cm
Akan ku katakan kata-kata indah

G
Bila aku jatuh cinta
D Bm
Kan ku doakan kamu
C
Menyempurnakan aku
Cm
Akan ku buatkan semua yang terindah


Source : Chord

p/s: aku suka follow tweet awi, hihihi mesti dia bls nyer korg nyer tweet...

Friday, August 5, 2011

Gambaran Hari Kiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber daripada : Amar Sufi

Di copy drp :  aida

Tuesday, June 14, 2011

Doa

Aku arini sgt ngantok..tak cukup tdo gara2 foxy....apa tu foxy..huhhu nnt la aku citer yer..
So dalam keadaan mamun2 ni tetiba aku humming 1 lagu ...
Aku cuma tahu sebaris lirik lagu tu jer....."Tuhan ku aku hilang bentuk kembara di negeri asing"
Kat kepala aku ni ..baris tu je yg berulang...skali dgn melody dia la kn
Tu je yg aku igt...tp aku tau lagu ttu mmg aku suka..slalu nyanyi time kecik2..sape penyanyi pon aku xigt..
Apa lg kan pakcik google la ku cari...

Ting jumpa...penyanyi nyer Aisyah..lagu nye DOA....Allahyarham Zubir Ali yg buat lagu tu
Sgt suka lirik dia....S.U.K.A titik..hihih..so aku share lirik dia kat sini yer..


Doa

Tuhan ku
Dalam termangu
Ku sebut nama Mu
Biar susah sungguh
Mengingat Mu penuh seluruh
Tuhan ku
Cahaya Mu
Panas suci bagai kerdip lilin
Di kelam sunyi
Tuhan ku
Aku hilang bentuk
Kembara di negeri asing
Tuhan ku
Pintu Mu ku ketuk
Aku tak bisa berpaling

A Prayer

Dear God
In desolation
I said your name
So that this pain heals
Though it is hard
Remembering You with all my heart and soul
Dear God
Your light
(is) Warm and aglow like the flicker of a candle
On a quiet balmy night
Dear God
I lost myself
A stranger travelling in this strange land
Dear God
Here I am knocking on Your door
And I can no longer turn my face away (from You)

Lirik tu aku amek kat blog cam yg aku buh kat source tu...so aku tergerak nk baca komen2 dia
Baru aku tahu..lirik tu sebenar nyer di ambil dr Pemuisi terkenal di Indonesia ....Allahyarham Chairil Anwar
Dia memasuki dunia puisi ni selepas kematian nenek dia...aku nk citer lebih pon xreti sgt...
Yang kat bawah ni puisi yg Allahyarham Chairil Anwar tulis...

DOA

kepada pemeluk teguh

Tuhanku
Dalam termangu
Aku masih menyebut namamu

Biar susah sungguh
mengingat Kau penuh seluruh

cayaMu panas suci
tinggal kerdip lilin di kelam sunyi

Tuhanku

aku hilang bentuk
remuk

Tuhanku

aku mengembara di negeri asing

Tuhanku
di pintuMu aku mengetuk
aku tidak bisa berpaling

13 November 1943


Renung-renungkan dan selamat beramal... ^^

Source: Doa, Chairil Anwar

Friday, June 10, 2011

Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur..???

Article org laen yg aku copy paste buh kat blog aku....source ader kat bawah yer:


Bismillahirahmanirahim. ..
Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebusnya dengan kehidupannya.
Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.
Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksudnya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.
Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang...

Source: Adam Hawa

Thursday, June 2, 2011

Worst than animal

Whyyyyyyy!!!!!!!!! this is so sad......if you don't want those babies don't murder them or don't throw them away, just give them to me...i'll raise them

Kepala pecah dicampak pembunuh


ANJING pengesan digunakan untuk menjejaki individu yang bertanggungjawab mencampak seorang bayi hingga mati di sebuah pangsapuri di Sentul semalam. Gambar kecil Zakaria.


KUALA LUMPUR – Sepasukan anggota polis yang menjalankan siasatan mengenai satu kes pembunuhan kelu seketika apabila dilanda perasaan pilu sebaik melihat mayat seorang bayi lelaki yang ditemui dalam keadaan kepala pecah hingga menampakkan otaknya semalam.
Pembunuhan kejam itu berlaku apabila pelakunya dikatakan hendak mencampak bayi tersebut dari tempat tinggi terus ke dalam tong sampah yang berada di bawah.
Tetapi malang, balingannya tidak cukup kuat lalu tersasar sejauh tiga meter menyebabkan mangsa terhempas di atas jalan.
Bagaimanapun, polis masih belum dapat memastikan sama ada bayi itu masih hidup atau sudah mati ketika dicampak pelaku durjana tersebut.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat pada pukul 12 tengah malam.
Katanya, mayat bayi itu ditemui dibungkus dengan beg plastik di tempat letak kereta pangsapuri tersebut oleh seorang lelaki yang baru pulang dari tempat kerjanya.
“Pemeriksaan awal mendapati bayi yang masih bertali pusat dan cukup sifat itu mengalami kecederaan parah di kepala.
“Kita percaya ia berlaku selepas pelakunya dikatakan hendak mencampak bayi tersebut dari tempat tinggi ke dalam tong sampah di bawah namun ia terjatuh di kawasan letak kereta kira-kira tiga meter dari tong berkenaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Monday, April 25, 2011

Doa Syair Yang ku Suka

Ni antara syair lama /doa taubat....
Syair ni dari Abu Nawas, seorg penyair yang bertaubat setelah dia melakukan kesalahan seperti meminum arak...(xberapa pasti tp aper yg baca dlu mmg sbb ni la kan...tp akan diselidik lagi utk memastikan mcm mna syair/ doa ni)
Dia amat dikenali sbg ahli sufi, tokoh yg lucu dll..
Tp syair/doa ni aku sgt suka....mmg menyentuh jiwa...terasa diri ni kecil sgt & dosa yg dibuat tu sgt besar & amat berharap agar Allah dapat mengampunkan segala dosa yg kita telah lakukan

Suka dgr Hadad Alwi bernasyid doa / syair ni......Al I'tiraf atau bermaksud sebuah pengakuan
Duduk sorg2 dlm gelap.... memohon keampunan....terasa sayu sgt....



Ilaahi lastu lilfirdausi ahlan
walaa aqwaa 'alannaaril jahimi
fahabli taubatan waghfir dzunuubi
fa innaka ghoofiruddzambil 'adziimi

Dzunuubi mitslu a'daadir rimaali
fahablii taubatan yaa dzaljalaali
wa'umrii naaqishun fiikulliyaumi
wa dzambii zaa-idum kaifahtimali

Ilaahi 'abdukal 'aashi ataaka
muqirron biddzunuubi waqod da'aaka
fa in taghfir fa anta lidzaaka ahlun
wa in tadrud faman narjuu siwaaka

Ya Tuhanku, tidak pantas bagiku menjadi penghuni surga-Mu
Namun, aku tidak kuat dengan panasnya api neraka
Terimalah taubatku dan ampunilah dosa-dosaku
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dosa-dosa besar

Dosaku seperti jumlah pasir
Maka terimalah pengakuan taubatku Wahai Pemilik Keagungan
Dan umurku berkurang setiap hari
Dan dosaku bertambah, bagaimana aku menanggungnya

Ya Tuhanku, hamba-Mu yang berdosa ini datang kepada-Mu
Mengakui dosa-dosaku dan telah memohon pada-Mu
Seandainya Engkau mengampuni
Memang Engkaulah Pemilik Ampunan
Dan seandainya Engkau menolak taubatku
Kepada siapa lagi aku memohon ampunan selain hanya kepada-MU

Thursday, April 14, 2011

Quiz - Accessories

Cer teka....cer teka....

Anak dara menaiki sampan,
Anak teruna memakai tanjak;
Hamba suka kumpul hiasan,
Hiasan mana yang paling banyak?

Kalau tidak keberatan, Sila jawab dlm bentuk pantun gak yer ^^

Tuesday, April 12, 2011

The Road Not Taken

Masa belajar dulu, ader matapelajaran literature....antara poem yg aku suka & aku ingat ialah The Road Not Taken....bg aku ia mengenai choice yg kne wat dlm idup...agak memberi kesan keatas aku...hehhehe


The Road Not Taken
Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I—
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference

By : Robert Frost

Friday, April 1, 2011

Waktu-Waktu Mustajab untuk Berdoa

Article ni aku ambil dari Ustaz Zahazan Mohamed

1.      Ketika hujan.
2.      Hendak memulakan solat dan selepas solat.
3.      Ketika menghadapi musuh dalam peperangan.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Berdoalah saat doa itu diperkenankan Allah iaitu pada saat bertemu tentera-tentera (berperang), ketika hendak mendirikan sembahyang dan ketika turunnya hujan.” (Hadis mursal yang diriwayatkan oleh Imam al-Nawawi dalam Kitab al-Azkar)

4.      Antara azan dan iqamat.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak ditolak doa yang dimohonkan antara azan dan iqamat.” (Riwayat al-Tirmizi)

5.      Ketika iktidal yang akhir dalam solat.
6.      Ketika sujud dalam solat.
7.      Ketika khatam al-Quran (30 juzuk).
8.      Sepanjang malam, terutamanya pada sepertiga yang akhir dan pada waktu sahur.
9.      Sepanjang hari Jumaat.

Kerana mengharapkan bertemu dengan saat ijabah (saat diperkenankan doa) yang terletak antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.

10.  Antara waktu Zuhur dan Asar dan antara Asar dan Maghrib.

Wednesday, March 30, 2011

Hilangkn kebosanan aku dgn menambahkn tahap kebosanan - Books

Disebabkan tahap kebosanan melanda diri aku ni....aku time keje td telah pergi ke library cari buku....konon nk baca buku pasal IT management..last2 jumpa buku laen ....buku tu cm memanggil2 aku je :P

So buku tu agak tebal la & buku lama....tp mcm menarik jer citer buku tu....
Biler tgk blk tajuk buku citer tu, aku rasa cm baca buku yg seohyun baca...erk nape aku amek buku yg agak serius ni nape xamek buku novel ke ..... kan....

Tp kalu bagi buku novel omputih or melayu yg tebal mcm buku teks tu mmg aku lmbt la nk abis...sehari plg byk 5 pages je aku leh baca pastu aku tido...melainkan novel kisah bebenor...hahhaha...

Mission skang abis kan baca 2 bijik buku ni....kalu aku rajin aku wat summary ek...kalu aku malas aku wat bdo je la

Tajuk buku tu spt dibawah:
1) True Tales of Working the Web - netslave
2) The Body Language Handbook

Wish me luck (bg org yg mls baca buku cm aku ni) ^^

Monday, January 24, 2011

Citer2 & Nama2 Klasik

Ini pada menyatakan perihal nama-nama Klasik yang terlalu amat menarik perhatian...aiseh konon nak tulis dlm ayat klasik lama..tp last2 pening kpla xreti nk tulis.

Aku amat tertarik dgn menda2 klasik ni...ayat2 yg dorg guna dlm cerpen, pantun, sajak, hikayat...mmg ayat yg penuh dgn kiasan, lenggok yg unik
Nama2 org lama pon aku suka dengar cth nyer Mayang Sari, Chempaka, Andika dll mcm unik jer bunyi nyer...
Dulu aku ader buku klasik "Hikayat Merong Mahawangsa" tp sbb pindah randah...buku dh ilang
Tp skang pon aku tgh baca naskah klasik bertajuk "Hikayat Inderaputera"...walaupon kekadang pening membaca nyer...tp rsa nyer aku lg bleh baca buku ni dr buku harry potter or twilight..hehehhe

Antara petikan citer Hikayat Inderaputera :

"Arakian maka diperbuat pula oleh Nobat Rom Syah di atas panca persada itu seekor kuda tujuh kepalanya terlalu indah-indah perbuatannya. Maka setelah lengkaplah segala kelengkapan itu maka diperbuat pula oleh segala anak raja-raja yang di Padang Anta Berahi itu suatu jempana itu terlalulah indah-indah rupanya"

Menarik kan karya klasik ni...hikhikhik...Citer lama2 penuh dgn fantasi kn..
Tp hati2 membaca nyer yer..sbb kadang2 karya klasik ni telah bercampur dgn mitos agama Hindu...sbb dahulu kan tanah ini merupakan tanah Gangga Negara (kerajaan Melayu Hindu yang telah lama hilang) plus Langkasuka plus Srivijaya xlupa gak Pan Pan. Kesemua kerajaan ini mula2 based nyer adalah agama Hindu.
So kadang2 ader gak termasuk pasal Ramayana sumer...yg bertentangan dgn Islam yer...so take note part2 ni, jgn terpesong akidah yer...

Syahadan ada pun segala urusan perkhabaran..jgn lupa nk chill out heheheh