Showing posts with label 2cents. Show all posts
Showing posts with label 2cents. Show all posts

Friday, October 12, 2012

Taliban & a girl

Assalamualaikum sumer,

Baru2 ni aku ader baca psal 1 teenage girl yg kne tembak....
Apasal buat manusia camtu, budak tu bkn ada senjata pon!!
Memang la budak tu kira brave tulis pasal Taliban xbg pompuan blaja kat internet, tp napa nk double standard kn pompuan & lelaki. Sedangkan Nabi xajar pon kita bunuh pompuan or budak kecik. Menuntut ilmu tu kan fardhu khifayah...Siti Aisyah sdr pon belajar....xpaham aku dgn manusia skang ni....
Kesian kat dia skang masih dlm keadaan kritikal. Ni serba sikit yg aku baca yg aku nk share dgn korg

Kat mana menda ni terjadi : Pakistan
Sapa yg tembak budak ni : Taliban Pakistan
Awat budak pompuan ni kene tembak: Sbb dia pi sekolah, puak taliban tu xbg budak pompuan gi sekolah. Lagipun budak pompuan ni ader tulis kat blog BBC psal Taliban xbg pompuan sekolah & nk amik alih kawasan dorg duduk skang ni. So Taliban ni marah la.
Brapa umur budak pompuan tu: 14 tahun
Sapa nama budak pompuan tu : Malala Yousafzai
Tang mna dia kena tembak : leher & kepala, masih kritikal (kene tembak 9 Oct 2012, la ni 12 Oct 2012, masih kritital)


Puak taliban Pakistan tu siap kata kalau budak pompuan tu masih idup selepas serangan ni, dorg akan jejak budak ni & bunuh dia.

Aku sebenarnya xberapa paham dgn perjuangan puak Taliban nih...sgt radikal...Islam xhajaq buat lagu tu....yg depa suka2 bunuh org awam yg tak bersenjata...mcm law tu kat tgn depa.. (konon2 judge dreed kot)

Perangai mcm ni la membuatkan 'org bukan Islam' memandang serong / salah tanggapan kpd Umat Islam...Kita ptt tunjuk kat 'org yg bukan Islam' ajaran sebenar Islam..bukan dengan cara lagu ni..Sedih aku bila 'org bkn Islam' chop org Islam ni terorist :(

Antara petikan yg aku baca:

# "Any female that, by any means, plays a role in the war against mujahideen should be killed," Taliban spokesman Ihsanullah Ihsan was quoted as saying in Reuters.

# The Taliban claimed responsibility for Malala's attack on Tuesday, saying that her online diary about girls education for the BBC was an "obscenity" spreading "anti-Taliban" thoughts [kalau minah tu xtulis pon, dah banyak dh eh psal anti-taliban ni]

#
I had a terrible dream yesterday with military helicopters and the Taleban. I have had such dreams since the launch of the military operation in Swat. My mother made me breakfast and I went off to school. I was afraid going to school because the Taleban had issued an edict banning all girls from attending schools. Only 11 students attended the class out of 27. The number decreased because of Taleban's edict. My three friends have shifted to Peshawar, Lahore and Rawalpindi with their families after this edict.
On my way from school to home I heard a man saying 'I will kill you'. I hastened my pace and after a while I looked back if the man was still coming behind me. But to my utter relief he was talking on his mobile and must have been threatening someone else over the phone.
—Malala Yousafzai, 3 January 2009 BBC blog entry


Ni aku yg aku baca secara online la kat
Yahoo News - Malala
Wiki - Malala

Aku ada kawan yg akan balik ke Pakistan mgu depan...bulan 12 mai blk ke sini, akan ku tanya cerita sebenar kat dia nnt :)

p/s: mmg aku xbley menilai dgn sekadar 2 3 artikel, so Xpa akan aku baca lagi pasal taliban & budak pompuan ni ^^

Thursday, August 16, 2012

Lagu Teman Pengganti

Assalamualaikum uols,

Sebenarnya nk share pasal lagu Black & Malique ni...
Tajuk Teman Pengganti. Lagu ni lirik dia mendalam, mmg kene berfikir bila baca lirik tersebut...Dalam erti kata lain isi tersirat...

So far lirik ni ader gak kne mengena dgn aku...."Rahsia ini telah lama aku pendamkan"...suma ada rahsia sendiri, samada kecil atau besar...kannnnnnn

Mari sama2 kita decrypt lirik ni...jgn terjemahkan ia dgn mata, terjemahkan ia dengan akal .... ^^


Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama


Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka


Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah


c/o
Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti


Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami


Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna


[Ulang  c/o]

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri


Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti


Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti



** Out-of-topic : Mcm lagu Bawaku Pergi yg kontroversi tu hehehe, if kita duduk decrypt kn maksud tersirat kita akan paham makna sindiran itu.
Tp aku setuju lagu ni di "haram"kan, coz dengan keadan pemikiran remaja sekarang, tak mungkin dorang boleh terjemahkan ayat sindiran tersebut.
Mmg style org sekarang, terima sesuatu dengan mata & kurang berfikir.
Islam pon mengajar umat nya berfikir, so mari kita banyak berfikir mengenai erti kewujudan.

Wednesday, May 16, 2012

Inspired By...

Hi sumer,

Kadang-kadang kata2 org lain boleh memberi perangsang kpd kita. Cuma kita kne pilih yg mana boleh diguna pakai, yg mana xelok kita jgn la amik....just buat renungan....^^


It's true what they say that sometimes, no matter how much you like a person, they're just not good for you.
Sometimes, they just suck all the energy out of you; sometimes you have no more chance left to give them.
Sometimes you care for this person more than any other friend you have in your life, and you want to be there for them.
But sometimes you just need to walk away. Not because you stopped caring or because they're not important to you or because you've given up on them.
Sometimes you just need to do what is best for YOU.
Even if it means doing something you don't want to do - even if it means letting go

Source: inspiredbythisfeeling


"I've learned that you can't please everyone. So don't even try it. It's a waste of time trying to make everyone like you. Just be you. I've learned the hard way and in the end, some people are just so full of hate that no matter what you say or do, they'll always have something to say. They'll never like you. So fuck them"

- Megan Fox

Monday, May 14, 2012

Renungan ari Senin ^^


"Sedaqlah hidup ini telalu pendek untuk kebencian, jadi jgn buang masa membenci, don't take urself so seriously..no one else does" -  @agcoco

Thursday, May 10, 2012

Kata-kata Pujangga


Untuk renungan bersama

"Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya." (kata-kata Pujangga Arab)

p/s: aku petik dr wall Adam Hamid

Wednesday, March 28, 2012

Tuesday, March 6, 2012

Seniman usul 3 cadangan?? Relevan ker?

Haloooo......

Pagi nih ader baca paper pasal retis.....pastu terbaca la tajuk "Seniman Usul 3 Cadangan"....aku pon curious nk tau pe cadangan nya tu....sampai "mengemukakan tiga usul kepada pihak kerajaan dalam memorandum yang diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan juga Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D'Cruz"

 Kat bawah ni adalah usul nya & reason napa golongan retis ni nak camtu....

1) Kuota khas di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT)

reason :
Permohonan ini bertujuan untuk membela nasib ahli-ahli Seniman yang masih menyewa rumah dan tidak mempunyai rumah sendiri sehingga kini. Kalau boleh tentang rumah PPRT itu, kami mahu kerajaan bagi kuota khas kepada golongan artis supaya mudah memiliki rumah PPRT. Memang mereka boleh memohon ikut saluran biasa, tetapi prosesnya rumit. Kalau hendak buat pinjaman bank lagi susah, sebab tiada slip bayaran gaji. Mungkin ramai yang menganggap golongan artis mewah dan tidak ada masalah untuk beli rumah sendiri. Namun hakikatnya, 80 peratus artis Seniman masih tidak mempunyai rumah sendiri.

aku pon berpikir : 
korg nk senang jer kan...korg xnk wat permohonan yg rumit tu, biar org lain/ bkn golongan retis yg melalui proses yg rumit tu. Proses tu mmg la rumit sbb kerajaan kne select yg betul2 patut dapat (memenuhi criteria). Banyak rakyat Malaysia tgolong dlm kategori miskin dan dorg pon masih menyewa/ menumpang etc, tp dorg masih ikut proses rumit tu utk mendapatkan sebuah rumah. Lagi satu, abis org miskin yg lain ader slip gaji la yer? mana yg juai kuih muih tu ader slip gaji la yer....so senang dorg nk mintak pinjaman...Alasan Persatuan Seniman ni tidak kukuh la, perlukan alasan yg lebih kukuh naper korg perlukan kuota khas, naper korg perlukn umah tu lebih dr org lain yg sama miskin dgn korg sampai kne ader "khas" utk korg.....

2) Perkhidmatan insurans perlindungan diri

reason:
Bagi insurans pula, jika anggota Rela (Ikatan Relawan Rakyat Malaysia) seramai tiga juta orang boleh mendapat insurans sebanyak RM20,000, mungkin Seniman yang memiliki ahli seramai 5,000 orang boleh mendapat RM100,000 premium insurans kesihatan dengan khairat kematian sebanyak RM5,000 setiap seorang daripada kerajaan

aku pon berpikir :
Naper nk di compare kn dengan Rela pasal insuran ni. Kan Rela mostly dorg nyer jobscope membantu mengawal ketenteraman awam (ikut pahaman aku la...hahah nnt aku kaji selidik balik)...so dorg ni mengadaikan keselamatan sendiri utk mengawal keselamatan persekitaran. So retis ni ader yg mengadaikan keselamatan diri utk keselamatan org lain tak? rasa nya tak la kan...kalu tak, so naper nk suh kerajaan tanggung insuran korg? rakyat lain pon kne beli insuran sdr....insuran ader jer yg murah...antara nak tak nak bayar sdr jer...pandai cari dapat la....so Persatuan Seniman sila cari or buat la perbincangan dgn pihak insuran utk bg insuran KHAS utk korg...yg byr murah tp bg perlindungan PREMIUM yg mcm korg nk tu...

3) Kebenaran menggunakan cermin gelap kereta untuk semua ahli Seniman

reason:
Atas faktor keselamatan golongan artis itu sendiri khususnya artis-artis wanita yang balik lewat malam daripada tugasan.  

aku pon berpikir : 
Apakah relevan cermin gelap dgn artis wanita balik lewat malam drp tugasan? Konpius sekejap. Adakah supaya time blk tu xder stalker skodeng korg blk? Bkn ke kalu pasang cermin gelap lg senang dorg nk jadi target org jahat? sbb bila org jahat nmpk jer keta cermin gelap dorg dh tau, oooo tu keta retis tu...pkai cermin gelap....mesti kaya tu....(well at least tu la aper org lain akan pikir)...hurmmmm aku masih berfikir rasional nya, maybe nk mcm artis luar negara kot...hihihih aku agak2 jer la..so usul yg ketiga ni aku xkesah sgt...

Apasal kerajaan nk kene tanggung cost extra korg yer? byk lagi rakyat jelata yg miskin yg sama cm korg... kalu camtu yg suma miskin2 buat persatuan...pastu suh Kerajaan tanggung la kan senang...naper golongan artis jer? apa istimewa nya korg berbanding rakyat miskin yg lain? mesti korg heran naper aku tak berapa setuju...sbb aku salah sorg yg kuar kn duit utk tax (duit kerajaan = duit tax), sbb aku pon masih xdak umah lagi, sbb aku rsa unfair utk rakyat miskin yg lain. sbb aku pon penah miskin. ahahaha...aper la yg aku taip ni senang citer bkn xmo bg kat golongan retis ni (aku nmpk cam dorg xnk sama taraf dgn golongan biasa, dorg nk layanan istimewa ckit), tp dorg kene bg alasan yg lg kukuh naper suma ni dorg nak

Lagi satu, kalu korg dpt suma keistimewaan ni, apa sumbangan korg kpd negara? boleh korg janji bg femes Malaysia supaya dpt kaya kan lagi Malaysia tak or jadikan cm artis2 korea yg memajukan skali sektor pelancongan/ kebudayaan / pembelajaran...coz ni suma yg bleh generate/ increase pendapatan negara oooo.....kalu korg bleh bawak perubahan yg memajukan negara so boleh la dpt layanan istimewa cam yg korg nk tu....



p/s: ni just opinion aku, xtau la org lain pkir cmner.....

Wednesday, February 8, 2012

Filem Azura

Aku nk tulis pasal percutian aku kat Cambodia sebenarnya....tp xpe, menda tu amik masa skit...so aku citer menda lain dlu :P



Ari weekend aritu, aku tlh g tgk citer melayu
Waaaaaa.....dh lma xtgk citer Melayu kat wayang
Aku tgk citer Azura...well permulaan citer tu ala2 citer Hana Yori Dango / Boys Over Flower
Xpe la kan...mmg byk jer citer yg ader persamaankn..
Banyak la nk citer....aku buat rumusan jer la

Intro & Ending Citer
- Intro & ending terlalu cepat, tetiba Zack & Azura kapel nak kawen. Time ending plak tetiba Zack & Azura berbaik blk tanpa dugaan or penghalang....senang sgt
- Time Zack cari azura kat kolej tu sweet hahahahha....
- Time Azura nyanyi lagu patriotik tu mmg menarik hihihi....sbb xder la sangka minah tu nk nyanyi lagu tu kan...

Pertengahan Citer
- Nk bg hero rasa kesusahan...tp xbyk yg menunjukn kesusahan...setakat sapu sampah xder la susah mana..(tp pengarah menunjukn perangai org Malaysia lps pasar mlm abis....kotor giler)
- Banyak scene yg drag....kadang2 bosan rsa...

Zack
- lakonan yg idup gak la...i meant nmpk gak la dia reti menjiwai watak lakonan dia

Azura
- ok la.....ni sy x compare dgn Ogy...certain part dia nmpk ok...certain part nmpk2 buat..xberapa menjiwai watak

Pelakon Tambahan..
- para pelakon tambahan yg plg best...rsa nya watak2 dorg ni banyak membantu menghidupkan citer ni
- Afdlin jadi bapa dgn muka yg serius...tp penonton dlm wayang still dok gelak...walaupon dia buat dgn seyes skali
- Mak Bapak Azura...mcm kapel yg xkena...Faizal Hussien & Ogy....hurmmmm sgt xkena
- Special Effects dia kne improve kan lagi....photoshop pon kne bg improve lagi...

Fesyen
- Hurmmm...org kaya dh tau dia berfesyen camner...tp Azura yg miskin tu pon bleh jer bergaya cm org kaya walaupon xguna duit bapak Zack. ni per yg aku nmpk la...baju blouse biru tu xsesuai utk naik beskal....fesyen kat Paris lagiiiiiiii laaaaa xnmpk mcm dia dr golongan yg idup susah ^^

OST
- No Komen...aku xlayan sgt...Azura pon lagu remake kn...

So conclusion aku...OK la...xder la aku rsa boring cm citer Ombak Rindu....or rsa meluat tgk tahap filem Melayu mcm citer Khurafat...

Tuesday, January 3, 2012

Jangan Bilang Tidak

Yuhu...byk betul post aku arini hahah...nmpk sgt aku xwat keje..well awal tahun xbyk keje sgt
tgu pertengahan bulan nnt..masuk bulan 2 nnt, dok bz smpai xder post plak kan
Hihihi...well someone asked me to review this lyric....jap aku nk baca betul2 & buat ulasan ikut pahaman aku..


Raffi Ahmad & Ayushita ~ Jangan Bilang Tidak

ku pernah punya cinta namun kini ku sedang suka kamu
cintaku dulu tlah kubuang jauh kini ku ingin kamu
(time nk kn seseorg mmg ayat camni la yg kuar)

ku pernah menyendiri di sini ku akan terasa sepi
walaupun bibir penuh gelak tawa namun hatiku sepi
(ni pon perangai biasa, aku pon slalu wat camni, walau ati tgh sakit tp masih ader senyuman,
sbb xmo org lain risau akan diri kita)

jangan bilang tidak bila kita belum mencoba
siapa yang tahu akan sama hatimu dan juga hatiku
banyak yang bercinta bertahun-tahun putus juga
kuharapkan dengan dirimu walaupun singkat pendekatan
cinta kita kan abadi
(yg ayat ni, aku setuju separuh, kalu xmencuba menda baru mna nk tau ok atau tak, aku pon dlu bercinta smpai 7 tahun last2 putus gak
mmg sumer mengharapkan cinta abadi, but if kalau boleh bertolak ansur insyaAllah sumer akan berjalan lancar, komunikasi itu penting)

ku pernah punya cinta namun kini ku sedang suka kamu
cintaku dulu tlah kubuang jauh kini ku ingin kamu
(ya..ya..waktu awal mmg banyak janji manis)

jangan bilang tidak bila kita belum mencoba
siapa yang tahu akan sama hatimu dan juga hatiku
banyak yang bercinta bertahun-tahun putus juga
kuharapkan dengan dirimu walaupun singkat pendekatan
(blaa...blaa...blaaa...komen spt diatas nyer hihihi)

jangan bilang tidak waktu dicium aku bingung
namun dada ini bergetar
makanya sungguh aku mohon
jangan bilang tidak
(nafsu..nafsu...nnt jd cm touch & go plak pompuan tu...time suka..cium2 la..cer time xsuka pandang pon xmo
bilang tidak utk cium2 hihihih kecuali lps kawen....baek mohon kat Allah bg kekasih yg sejati, bukan kekasih ikut nafsu)

Tu la review secara ringkas...hihihi..bukan aku anti lagu cinta janji hidup semati ni..tp kadang2 ia cuma janji time suka sama suka
bila dh xsuka lain plak ckap nyer...kne buktikn bleh sehidup semati..bukan sekadar ckap & bg janji kosong..

Hidup kne berpijak dibumi yg nyata (haha setelah berkali-kali ditipu..i learnt the hard way...utk bercinta)
Tapi kalu dapat yg romantik plak lps ni pe salah nyer hahaha..mood terpengaruh cerita Korea

Thursday, December 29, 2011

Khamis terakhir 2011

Assalamualaikum...

Hye...arini merupakan ari khamis yg terakhir dlm tahun 2011...
Cepatkan masa berlalu....pejam celik...pejam celik...dh nk bertukar tahun lagi...

Aper yer aku nak buat disaat2 akhir ni yer...adakah ini merupakan tahun terakhir bg aku, kau, or mereka??
Ecececeh...mna nk tau kan sumer nyer berserah pada Qada' & Qadar Allah...kita hanya bleh try sehabis baek jer...kalu ader yg aku buat salah kat korg sumer...aku mintak maaf yer...kot la terkasar bahasa or terasa teraniaya oleh perbuatan aku....percaya la aku xberniat pon nk buat camtu kat korg...tu sumer perbuatan secara xsedar hihihi

Semoga Allah sentiasa memberi kita petunjuk & rahmat ke atas kita...
Alhamdulillah aku masih diberi kesempatan utk memohon ampun & bertaubat diatas segala dosa2 ku ^^

Wednesday, September 28, 2011

Tentang Wanita - 1

Aku share sikit la pasal perangai wanita ni...
Mungkin sesetengah lelaki tahu pasal perangai wanita ni..sesetengah nyer xtau..
Sometime wanita ni simple jer perangai dia...sometime complex sikit...

Ni key point yer (utk most wanita, kalu yg rare tu lain ckit la yer):- wanita akan berasa diri dia penting/dihargai jika lelaki mengingati any little detail about her.

Sebagai contoh, time lelaki A dok ym dgn pompuan B (hanya kwn, so ni sembang kwn2 je la ek).
Yg B ni dok citer la pasal kisah lawak time dia kecik2.
And then ader la terselit citer pasal B penah jatuh berguling2 dr gelungsur pastu ader scar kat tgn.
Pastu dorg cont sembang citer2 lain. punya la byk gebang time tu..

But one day (setelah 6 bln), when they hangout ramai2 dgn kwn2. A nmpk kat tgn B ader scar.
Pastu A tnya la kat B "ni ke scar yg dpt time jatuh guling2 tu...ekekek(sambil gelak dok terbayang gaya jatuh)"

Time ni, si B mesti akan terkesima sbb si bdk A ni masih igt cerita sengal tu..tp dlm ati B mesti akan terdetik..."ooo A ni masih igt citer tu..Kira ader gak org lain gak yg masih igt kat diri kita....."
B akn rasa diri dia di appreciate coz walaupon sembang kosong A masih igt lg citer tu,
bermakna A mmg benar2 dengar apa yg dorg sembang, bkn setakat layan sembang je masuk telinga kanan keluar telinga kiri

*ni cuma my personal opinion & dari segi pemerhatian aku jer...

Thursday, September 15, 2011

Apa yang Anda Rasa - Somalia

Yosh sumer...aku ada baca paper arini....bila dah baca aku rasa sungguh sedey....
menitikkan airmata (seyes weh...xmain2)

Apa yg korg rasa / terpikir bila baca petikan mcm kat bawah ni:

1) Wanita baru berusia 18 tahun itu berjalan kaki selama 10 hari dari tempat tinggalnya di Somalia hingga ke Kem Pelarian Dadaab, Kenya

2) Wanita tersebut merupakan seorang ibu sarat mengandung yang terpaksa berjalan kaki ratusan kilometer sebelum melahirkan anak sebaik tiba kem pelarian

3) Dia sampai dalam keadaan letih dan tak bermaya kerana sudah beberapa hari tak menjamah makanan. Paling menyedihkan suaminya meninggalkannya tanpa khabar berita.

4) Selepas sampai di kem, dia melahirkan bayi perempuan yang hanya dibantu pelarian lain di kem itu dalam keadaan khemah yang sangat daif.

 Apa yang aku rasa & pikir:

1) Ya Allah besar sungguh dugaan wanita tu....tp dia tak give up...tetap berjalan meneruskan idup

2) Sungguh bersabar & cekal ...dgn xder mknan, perut kosong plak tu...bjalan beratus kilometer bawah panas terik (30 °C - xder ujan yer)..tempat dorg lagi panas dari Malaysia kot...dengan mengandung 9bln lg....

3) Kalu aku ader kat tmpt wanita tu dah menangis gila2 dah...mesti aku marah gila kat husband tu....mesti aku dah pengsan beratus kali....

4) Apa yg aku boleh buat utk membantu dorg yang susah kat Somalia tu....

5) Aku kene banyak muhasabah diri....aku kene change my attitude...i need to be more positive like that lady..

Atas dasar kemanusiaan...aku benar2 terpukul dgn citer pasal wanita tu...insaf weh...
Patutkah aku pergi ke Somalia membantu or aku boleh bekerja & sebahagian dr duit yg aku dpt aku donate utk warga Somalia...

Gambar dibawah utk renungkan kita bersama....kita boleh membantu mereka...jom donate utk SOMALIA ( donate to the correct channel such as Mercy Malaysia, Haluan etc)

Wordless

I'm crying.... T-T



Sumber berita : Metro , Somalia

Monday, August 22, 2011

Alissara

Nama Alissara ni mcm  crita drama melayu kat tv tu kan..jwapan nya salah ini bkn drama....akan tetapi ni nama kedai mknan daaa...
Sempena bulan ramadhan ni, kitorg igt nk wat iftar utk kwn2 uitm dlu...tp xjd..sbb xder sape nk jd project manager hihihi...

So aku dgn geng yg aku selalu lepak, wat la rancangan mkn2 kitorg sdr...dh lama xlepak dgn dorg...
Wani la yg mencadang kan g ke kedai mkn Alissara ni....
Utk pengetahuan korg, kedai ni wat Thai cuisine & tmpt nyer kat area Puchong....aku mmg xtau la nk g cmner kat tmpt tu....jarang masuk Puchong....Jep & Niza la tukang amek aku kat umah

Kitorg pon mendiskas la kat dlm Whatsapp (stok jimat credit ph sumer)....pasal menu bagai...
xtau nk order menu aper, so pe lagi...sebagai ex-pelajar computer ...google tu penting...hahahh..kitorg pon meng-google la menu2 suggestion ...

1st menu yg kitorg order ialah...Meng-Kham (tul ntah ejaan nya..tp sebutan ala2 cmtu la)...rupa dia mcm mkn sirih bungkus tu..tp xder la rsa mcm mkn sireh...rsa mcm mkn ulam jer..tp ulam yg sedap coz ader pedas, manis & masam....rupa meng-kham ni mcm kat bawah ni...

Rupha Meng-Kham..- gambar dr blog eri chan
 
pastu menu yg lain mcm biasa...kitorg order kailan ikan masin, udang celup tepung, tomyam (ni dia buh santan ckit), somtam...pastu aku tambahkan lagi dgn kerabu kaki ayam (antara kerabu yg aku suka selain dr kerabu mangga)....nice...aku suka sumer mknan ni.....

Dan menu yg benar2 membuatkan kitorg jatuh ati dgn kedai mkn ni ialah IKAN LIMAU STIM....
dari rupa bentuk ikan ni, xder la nmpak sedap mana kan...nmpk mcm ikan stim biasa (time google la kan...mna nk tau rsa dia cmner)..pastu aku jumpa 1 blog ni dia menceritakan tentang kesedapan ikan ni...

AMARAN: kpd sesape yg posa & xmo posa kome makruh or terbatal...jgn baca review kesedapan ikan ni..tp kalu korg berani sila terus kan membaca hihihi...

"Ni recomendation dari Yew-U. Dia kata Ikan Stim Limau kat sini is the bomb. Memang it is.
Kuahnya bila dimasukkan kedalam mulut, dan ia lalu di segenap deria rasa di atas lidah, maka akan terbakar lah deria pedas, akan timbul rasa masam dan juga cukup manis dan masinnya. Kuah ikan ni dihirup semua orang. Sangat sedap"
- dari Blog Buih

Rupa dia mcm ikan stim biasa je kan - gambar dr blog rizq
 
Kitorg bile dh terbaca review cm tu pe lagi..nekad meng-order ikan tersebut..ternyata segala yg di describe kan tu benar2 berlaku kat kitorg...mula2 ikan tu sampai kat meja kitorg sumer tgk (time ni kitorg xmkn pape lagi..hanya kurma yg kitorg mkn)...pastu kitorg sumer amik sudu & cedok kuah ikan tu sikit & kitorg masukan ke dlm mulut, turun la kuah tu ke dlm mulut kitorg..& la mmg kuah tu lalu di segenap deria rasa lidah dgn rasa pedas, masam, masin & manis..perghhhh.....kitorg berasa mcm dlm syurga mknan hahahha...(time aku taip ni pon dok telan air liur jer hihihih ^^)...ckup puas ati....

So kengkawan...aku mmg merekemkan g kedai mkn ni, sedap & puas ati...mahal xpa janji puas ati....kalu korg xtau mna tmpt ni...ni aku dh cari map...

Map ke Alisara - dr blog faakiut
p/s: bakal jadi restoran fav kitorg ^^....nk g lagi pas ni

Wednesday, June 8, 2011

Bertepuk Sebelah Tangan

Semalam ader dgr kat Hot fm pasal bertepuk sbelah tgn ni...
ader sorg caller ni....pompuan dia dh ader bf, tp ader mamat laen dok anta bunga kat dia...
So dia ngadu rimas kat Hot fm...sbb dok asyik bg bunga kat dia..tp xtau sape yg bg...

Mamat yg bg bunga tu bertepuk sebelah tgn..so dia nk mamat tu stop anta bunga kat dia..walaupon current bf dia xpenah bg bunga....tp dia kata dia bkn bleh dibeli dgn bunga...minah ni ckap lg (dlm bentuk point yer, ayat exact xigt) "dh jgn btepuk sebelah tgn.stop bg bunga. kalu bg tau sape diri tu xpe gak, mna tau bleh btepuk 2tgn ke"
havoc 1 konti Hot fm....dgn jwpn minah tu..heheh aku pon tergelak skali....ader point gak minah tu..
Abis la bf minah tu kne ati2 lps ni...tp kalu bf tu tul take care minah tu..xkan dia nk bertepuk dgn mamat yg anta bunga tu tul tak????

Pe pendapat korang pasal ni?

Thursday, June 2, 2011

Malaysian Artist Bashing Suju-M??

Oppsss..this is hot..but I'm kinda late to update bout this. hehe this is my 2cents

1st of all I felt sorry for Suju M & Malaysian Artistes....
I as a Malaysian, I do felt very ashamed bout the words that they have said to Suju M...
guys as an Artist you need to learn how to speak WELL ok, don't curse at people...
we know how you guys felt during that time, you being treated unfairly by organizer
but you must remember, even if Black Eyed Peas or Rihana do perform here in Malaysia, you also will be treated like that...
that's we called LUMRAH ALAM...

I don't have any words to fans.....coz that's what they are... no matter where they are coming from they will be react the same if you bashing their idols...

Now the organizer....I think you should prepare 1 toilet for Suju M & 1 toilet for local artist..
Don't treat other peoples unfairly.....

YES I'M SUJU FAN.....but I'M ALSO LOCAL ARTIST FAN...hahhaha...aku ni universal la....

p/s: I've lost my handphone that day.....but i still enjoying SUJU M performance...

Friday, April 29, 2011

Mengapa Lelaki Kahwin Lambat?

Saya ader terbaca kat Internet pasal kenapa lelaki kahwin lambat….antara sebab2 yang dinyatakan adalah:
- budaya Kahwin kat Malaysia, wang hantaran yg tinggi….majlis kahwin yg grand2
- hurmmm tu je kot yg laen dia citer pasal scenario lelaki tu..

Namun bagi saya bkn lelaki je kahwin lambat malah perempuan pon kahwin lambat skang ni (hahah termasuklah diri sdr ni)…

Perkara yang kita xleh nk sangkal… Qada’ & Qadar dari Allah….sebab jodoh & pertemuan Allah yang tentukan..kadang2 kita dh berusaha utk kawen awal tp jodoh & masa kita belum sampai..maka kita xkawen la jugak kan….so soal yg ni letak ketepi dlu

Dlm FB ader post pasal “mengapa lelaki kawen lambat” so based on that article, sy kata ader yg betul ader yg tidak…So Tayam…ni nk menjawab pertanyaan anda “Kenapa ader yg tidak”:

1) Kita dah wat betul2 ke budget kehidupan
- Sudah tiba masanya untuk membeli kereta. Maka anda membayar RM8000 sebagai bayaran permulaan untuk kereta baru yang berharga RM 40,000.

1st thing…awak tu baru je nk menapak….so perlu ke downpayment sampai 8K? Lbh 10% tu beb…dh tau diri tu nak kawen pandai2 la wat budget sdr…skang byk je keta 0 downpayment….so bleh la simpan duit tu utk kawen…bkn xbg wat dwnpayment tinggi2…tp kalu xnak kawen awal  bleh la wat camtu…kene pandai ukur baju kat diri sdr …. bulan2 still kene bayar lagi…
Kalu beli keta RM80k ok la gak byr RM8k downpayment….keta ni harga dia cepat jatuh…so modal dh terbenam kat keta camtu je….isk..iskk…isk…..pi blaja wat bajet balik..jgn kata sbb duit akan kuar byk sbb tu kawen lambat….time dpt duit ptptn or biasiswa pandai lak pi perabih kat tempat xsepatutnya…kalu simpan duit tu dh bleh wat downpayment keta dah….hahahahha

2) Teman Idup dh pilihan betul2?
- Semua perbelanjaan untuk 'dating', hadiah, bunga dan seumpamanya sudah pun disediakan awal-awal. 10% telah pun diperuntukkan untuk si dia.
- Tunang : "I okay je. Tapi my mom tu. Dia kata grad oversea macam I ni mane boleh letak rendah-rendah. Paling kurang RM10,000 tau!"
- Isteri kesayangan dah letih kalau anda asyik nak minta duit. Dia tuduh anda tak bertanggungjawap, tak reti bagi nafkah dan macam-macam lagi.

Walaupon sumer perbelanjaan patut nye lelaki yg tanggung…tp atas dasar kasih & mahu menolong nakhoda mengemudi bahtera idup agar hidup sejahtera & bahagia…perempuan pn  perlu la bertimbang rasa….bantu mana yg patut…cth time dating xsemestinye time kuar lelaki je kuar duit…we go dutch la…berat sama di pikul…ringan sama dijinjing beb….laen la u ols kuar dgn anak datuk ke anak tan sri ke kan….hurmmm so lelaki, anda yakin anda dah pilih dgn betul…bkn pilih atas dasar rupa paras or sbb blaja obersea? Heheh kadang2 sbb salah pilih teman idup tu yg menyebabkan lelaki/perempuan kawen lambat…


4) Nak ber-gentleman xkene tempat or gaya…
a) Dibesarkan dengan famili yang sungguh baik, anda menjadi seorang yang 'gentlemen'.
Semua perbelanjaan untuk 'dating', hadiah, bunga dan seumpamanya sudah pun disediakan awal-awal. 10% telah pun diperuntukkan untuk si dia.

Dah tau duit nk guna byk.. ader ati nk jd gentlemen lebih2…xsalah nk gentlemen, tp skali skala dh la beb….lebih elok gentlemen lps kawen….ni kene g balik kat no.1 kat atas…wat bajet blk…so nk salahkan awek gak ke? Salahkan lah diri sdr dlu yer…kalu awek xnk paham knape awak tu xleh nk gentlemen slalu, kita berbalik kat no.2, dh betul2 pilih ke teman idup camni…so pikir2 kan…

p/s: slalu lps kawen dh xgentlemen dh huhuhuh….

5) Budaya or nafsu diri?
- "Anak mak nak kawin ni mesti la buat grand-grand. Kita sewa khemah besar-besar, jemput penyanyi ke artis ke sorang dua datang buat persembahan. Lauk pauk kita guna katering je la ya? RM 10 je sekepala. Baju kawin ko, kita sewa yg cantik-cantik dan mahal-mahal sikit. Kita jemput dalam 1000 orang. Set!"

Sape yg cipta budaya tu? Ermmm entah…
Sape nk  wat grand2? Family la
Naper nk wat grand2? Nk show off maybe…(xbaek tau bleh jd riak nnt)
Ok, kata kan family nk gak wat grand2…xleh nk bangkang dah…so kita perlu la berfikir sejenak…cari jln penyelesaian bkn salahkn budaya ni, salahkan family mk wat grand2….kalu dok asyik nk salahkan menda laen je, seluruh idup la kita asyik nk salahkan menda laen…

Time ni la guna anda nyer network…
Nak artis? Senang jer..panggil je band kwn2…mesti ader nye la…
Baju cantik2? Korg g sewa kat  kwn2 korg nyer butik ke..yg ala nmpk mahal tp sebenarnye xmahal…xpon kata ka kat butik tu..”u bg I harga murah2…nnt I bg space kat u, utk u promo u nyer butik kat kenduri i…ok”…
Yang laen2 tu korg pkir sdr la camner nk selesaikan…isk suma nk g tau nih


6) Hantaran / Wang hantaran yg tinggi?
- Maka, RM 1500 dibelanjakan untuk cincin emas dan hantaran. Simpanan kini hanya tinggal RM 9500.
- Tunang : "I okay je. Tapi my mom tu. Dia kata grad oversea macam I ni mane boleh letak rendah-rendah. Paling kurang RM10,000 tau!"
- Apabila wang hantaran diletakkan terlalu tinggi, perkahwinan terpaksa dibatalkan atau ditangguhkan. Sedangkan akad nikah itu lebih penting dari wang hantaran.

-Mahai benor cincin tunang & hantaran sampai RM1.5k…mu cari cincin nikah & hantaran kahwin ka? Pikio balik harga tu na
-Dengan harga minyak & barang naik memanjang…wang hantaran RM10k dianggap biasa zaman sekarang yer….range skang dlm RM8k-RM10k…so guys take note yer..bkn sbb grad obersea…minah yg lepas SPM pon dlm range camtu (xniat nk memandang rendah org yg lpsan SPM yer)..ader byk cara camner nk setelkan wang hantaran yg mcm tu…
a) kalu berani, nego la dgn family pompuan & gtau la sebab musabab yg logic
b) wat la ansuran….
c) bincang dgn ahli keluarga, kot2 dorg bleh bantu serba sikit…dll

p/s: duit hantaran tu pon bkn nye dorg nk guna beli beg LV ke Coach ke…nk wat kenduri sblh pompuan gak….susah2 sgt pengantin laki combine je la kenduri dgn pengantin pompuan …pe de masalah…leh buat grand2 lg…

7) Pelamin Impian
- Tak perlu nak membazir duit untuk perkara lain seperti pelamin.
Biasanya, pelamin yang biasa sahaja pun dah berharga RM 1500. Itu baru pelamin. Belum lagi hiasan ini dan hiasan itu.

Ni lagi senang…guna creativity sdr…wat sdr yer…my friend nye pelamin cukup sempoi tau..tp nice…dia wat camne tau…dia wat ala2 org lama2 buh kusyen utk dok bersimpuh pastu keliling buh belon2 cinta…very sweet…xmahai pon tau..rsanya xsampai 500 pon

xpayah kita nk salahkan budaya ataupon orang laen…kalu nak salahkan jugak…kita kena salahkan diri sendiri dlu yer…sbb xmo pkir baek2 & cari solution terbaek….asyik nk berserah jer..ikot je…ish..awak tu pemimpin keluarga…kne byk pkir skit yer…so alasan2 kawen lambat sbb budaya or wang hantaran not very acceptable…for me laaaaaaa..

Wahai semua ……lelaki yg baik utk perempuan yang baik ye..
Tp Saya setuju la yg dia kata Perkara yang perlu difokuskan adalah kehidupan selepas berkahwin, bukannya majlis perkahwinan.
But the pressure is not only on men ^^

artikel : Mengapa Lelaki Kahwin Lambat

Friday, April 22, 2011

Vintage Fashion

Aku baru bump 1 blog ni...aku sgt suka sbb byk vintage fashion dlm tu...leh wat rujukan...
Even though ader gak unsur2 christian dimasukkan...tp jgn la dok g arah tu kan...tgk fashion nyer udah ler..
Fashion vintage ni sebenarnya sopan jer...menutup aurat sesuai dgn muslimah nyer fashion..cume kena alter mana2 yg patut la...

Contoh mcm kat bawah ni kan.....kalu amek blouse yg der arrow tu di pakai dgn seluar flair ni kan lawa jer...
pastu pkai la tudung ala2 Yuna ke..Hana ke...jap korg kenal Hana tak?  google la "stylecovered" yer

Blouse yg ditanda merah ni
Flair pants ni

Thursday, April 14, 2011

Love Fool In Your Eyes

Sambil aku dgr lagu Love Fool by Cardigans ..... aku terpikir pasal Lurve ni heheh








Then lagu kedua berkumandang, lagu In Your Eyes by Kylie Minogue...huhuh aku mmg suka lagu ni...sbb rhythm dia....Muncul la pulak dlm pemikiran aku pasal cintan cintun ni...pe yg slalu nyer gals rsa



Hopefully in the end ....my love story will be as sweet as this "couple"

Goguma....heheheh  
Photo source : Blog -> timesbrokenreality

Tuesday, April 12, 2011

Bahasa Mencerminkan Bangsa

Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara;
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Aku selalu menyalahgunakan penggunaan Bahasa Melayu disetiap entri blog aku.
Tatabahasa yang tunggang-langgang, mencampurkan Bahasa Melayu dengan bahasa lain.

Seharusnya aku berbangga dengan Bahasa Melayu.
Justeru itu, patut kiranya seminggu sekali aku menggunakan Bahasa Melayu yang tidak dicampur aduk dengan bahasa yang lain.

Sekiranya, anda semua berasa jelak dengan ayat yang dianggap skema, maka usah la kiranya anda membaca entri tersebut.

Mudik kehulu ke kuala Pekan,
Hendak membeli haruman kasturi;
Salah dan silap harap dibetulkan,
Agar menjadi rujukan diri.

Monday, March 14, 2011

Bencana & Bantuan

Aku ader baca & ikut perkembangan mengenai bencana alam Gempa bumi & Tsunami kat Jepun tu.
Ader jer menda yg terjadi, lepas satu...satu....

Dah la gempa bumi pastu tsunami, then kawasan nuklear lak leh bocor, so radiasi pon keluar berterbangan di udara...
Around 45ribu penduduk yg ader sekitar kawasan nuklear tu kene dipindahkan takut ader yg terkene radiasi
Walaupon dorg kata angin akan membawa radiasi tu ke arah lautan pasifik, sejauh mana ia tak memberi kesan kpd manusia?
Kalu dengan kuasa Allah, angin tu bertiup arah laen camne? Kalu ye pon di tiup kat lautan....if ikan2 yg kene lak cmaner?
Ikan yg mati kene radiasi pastu dimakan lak oleh binatang laen then bawak kat manusia camner? ikan yg kene radiasi tp idop..pastu manusia tangkap utk mkn cmaner?
Byk sungguh pertanyaan kan....

Pastu Bekalan asas berkurangan...elektrik...air....makanan...kebykannyer dorg mkn sekali jer...tu pon mkn megi jer....
Abis utk esok nk mkn aper? terpaksa berpuasa....
Dah la persekitaran tak bersih...ader mayat yg maseh tertimbus di bwah rutuhan...
Penyakit bakal menular lepas ni....

BTW, Jepun adalah negara yg maju...byk org yg datang mencari sesuap nasi kat situ
Tapi ape yg aku nmpk...bg mereka Jepun hanyalah sekadar tmpt utk cr rezeki xlebih dr itu..
Time ni la nmpak sumer nk selamatkan diri sendiri dlu....kaya ke femes ke sumer dorg xpeduli dah
janji dorg dpt kuar dari negara yg terdapat bencana ni secepat yg mungkin...
Cari tempat yg selamat utk dorg dulu...iaitu negara asal dorg....
So tinggal la rakyat asal negara tersebut utk meneruskan kehidupan...dorg nk lari mna? pengangkutan awam sumer xberjalan...
Rakyat asal la yg kne jaga blk tmpt dorg & bangunkan balik kawasan dorg...membantu org2 yg perlu
Jika bukan anda yg sygkn & selamatkn negara sdr siapa lagi?

Tp aku xde la salahkan dorg yg blk ke negara asal dorg sbb kalu dorg xsayangi diri sendiri sapa nk syg kat diri kita
Cth sape yg xjaga gigi sendiri kan, xsyg dgn gigi sendiri, ader ke org laen terhegeh2 nk sygkn kat gigi kita tu???
Pape pon, aku cuma nk kata, kalu bukan org asal yg menjaga negara ni...sape lagi nk jaga... Amerika ke?
Sayangi diri anda dulu sebelum menyayangi org laen..
Biler dh sayangi diri sendiri tu br kita tahu menilai cmner nk menyayangi sumer benda disekeliling kita...

"Apabila terjadi hari kiamat, tidak seorangpun dapat berdusta tentang kejadiannya.(Kejadian itu) merendahkan (satu golongan) dan meninggikan (golongan yang lain), apabila bumi digoncangkan sedahsyat-dahsyatnya, dan gunung-gunung dihancur luluhkan seluluh-luluhnya,maka jadilah ia debu yang beterbangan"
Surah Al Waqiah 1– 6

p/s: Everything happens for a reason. May Allah bless we all...