Friday, July 8, 2011

pem-BERSIH-an Kuala Lumpur

Adalah dikhabarkan bahawasa nya kerja permBERSIHan kali 2.0 akan diadakan pada 9 Julai 2011

Oleh yang demikian, kebanyakan jalan akan di katup & pihak polis akan menghalang jalan2 tersebut dari di KOTORi utk kali ke 2.0....

Untuk mengelak dari di cekup oleh pihak BERKUASA...anda dinasihatkan supaya "Avoid wearing yellow or red colour t-shirts on Saturday, 9 July 2011 (to avoid being mistaken as a “Bersih 2.0” supporter)" makna nya anda jugak xbleh pakai baju jersi Selangor, jersi Kelantan, jersi Malaysia, jersi Pulau Pinang, jersi Perlis mahupun jersi2 yang seangkatan dengan nya....




Senarai tempat bawah ni saya amek dari blog Niza...

Road closure
  • Lebuh Ampang
  • KLCC
  • Bank Negara
  • Dataran Merdeka
  • Sogo
  • Chow Kit
  • Menara Sultan Ismail
  • Masjid Negara
  • Jalan Raja Chulan
  • Jalan Ipoh
  • Sentul
  • Jalan Tuanku Abdul Rahman
  • Jalan P.Ramlee
  • Jalan Bandar
  • Subang Jaya ( Near Segi )
  • Sunway Pyramid and Subang Parade
  • The Federal Highway
  • LDP ( Lebuhraya Damansara Puchong )
  • The KL – Seremban Highway in Seri Kembangan

Store affected
  • Ampang , Scott Garden , Extra Selayang , Puchong , Mutiara

Pekeliling yang kuar kat opis aku lak bertulis seperti dibawah:

As at to date, the authorities have not given any approval for the organiser to hold this gathering and we have yet to receive confirmation on the exact location.  However, there are several possible locations that the gathering may be organised at based on information obtained. The possible locations are :
 
Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
Stadium Melawati, Shah Alam
Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur or
Near Istana Negara, Kuala Lumpur


For the safety of the public, Police are carrying out road blocks and stringent checking on all vehicles entering the city of Kuala Lumpur from today, 8 July 2011 until tomorrow, 9 July 2011.
Please avoid entering the city or go near any of the above locations if possible.

Ni lak pekeliling dari org lain..aku dpt org anta email:

Road blocks – starting 3.00pm Friday, 8th July 2011:

Bukit Angkasapuri, Astro, Jalan Bangsar, Batu 3 Jalan Cheras (Pudu Ulu), Jalan Klang Lama, Segambut Tambahan, Jalan Galloway, Bukit Pantai, Brickfields, Sentul Raya, Steysen Cubada (Sentul), Menara KL (Jalan Puncak), Jalan Raja Chulan (Bukit Mahkamah), Bukit Jalil.

Road closures from midnight, Friday, 8th July 2011:

Lebuh Ampang, KLCC, Bank Negara, Sogo, Chow Kit, Menara Sultan Ismail, Masjid Negara, Jalan Raja Chulan, Jalan Ipoh, Sentul, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan P.Ramlee, Jalan Bandar (Jalan Tun HS Lee), Subang Jaya (USJ – in front of Summit/Segi College), Sunway Pyramid, Subang Parade, Federal Highway, LDP, KL-Seremban Highway.


So conclusion nyer kengkawan... jom kita g mandi sungai or laut.... (hahah xder kene mengena kan)

p/s: Aku xsangka bagus la pendekatan ni....camni la cara nya utk memaksa suma wanita yg asyik dok kuar shopping duduk umah & start utk kemas umah pulak...so ni la time nya aku kemas bilik elok2.
Best gak kalu dorg bg cuti terus kan...

Source: Niza, ShoppingFB & Pekeliling2

Tuesday, July 5, 2011

My Birthday 2011

Kyaaaa......im getting older...hahah but will be more wiser la... rsa nya la :P

Sgt suka arini...dpt mkn free...dpt surprise kek....dpt present...lagu besday pon dpt...
wat malu jer...1 department dh tau besday aku...gara2 dorg ni nyanyi kuat2...

Well thanks you guys........terharu seh.....
Nnt aku upload gambar2 mknan and adiah tu yer...

Skang aku kenyang sampai perut nk terburai rasa nya....migraine pon yer..sbb mkn kek coklat byk sgt ^^


THANK YOU!! Muaahhssssss

Monday, July 4, 2011

Need a break

Mcm2 terjadi...huhuh..Bz dgn keje..

Need a break la....sape nk teman aku bercuti ni...dh la nk ramadhan....huhuh

Jom Melancong...

Wednesday, June 22, 2011

Mata Siapa Yang Tidak Pernah Menangis: Kisah Imam dan Anak

Saja nak share citer ni ^^

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain. Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"
Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?"
"Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah?" jawabnya.
"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat?" tanya si ayah lagi.
"Ayah Bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun?" jawabnya pula.
Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini."
Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun akhirnya menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Semoga Allah bersama-sama kamu!"
"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?" Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi. "Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut.

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya " Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu". Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini".

Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu". "Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat . Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi". "Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.  Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang.


Renungan: Bersama-samalah kita berusaha dan berdoa agar kita akan dapat melahirkan anak-anak yang mempunyai pekerti seperti ini. InsyaAllah, anak-anak sebegini akan senantiasa mendoakan kesejahteraan diri ibubapa mereka di dunia dan akhirat....amin.



Tazkirah ini diperolehi daripada email daripada Dr. Rosydi Muhammad.



Source: ahrasis , gambar

Friday, June 17, 2011

DiGi Down!!

Dah dekat 3jam DiGi data network down..
Xleh call or msg or internet....
Time ni Surely tgh rugi juta2...& still going down...

To my old team mate...what happen guys??
Server ok? Vin..Haris...Chris...aku xleh guna line ni....server korg ok tak :P
Database ok? Pn. Nadiah...my ex boss....i can't make a call rite now
Data Center ok? Azam...cer citer..cer citer
Backend team....fesyaam....
Network team...sape yg still ader sna ek...


Nak contact korg...tp line xdak...hahaaha....nnt la update biler service up blk

************************************************************

 UPDATE: service dh up kot....br dpt msg....hihhi