Friday, August 17, 2012

SELAMAT HARI RAYA

Assalamualaikum Semua,

Disini sy ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf diatas segala perbuatan & percakapan & penulisan..

Selamat Balik Kampung.....

Selamat collect duit raya......

Selamat makan2.....

Jangan lupa mereka yang tidak bernasib baek yer ^^

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN **kabush...kabush..kabush...[konon nya bunyi bunga api heheheh] **

Thursday, August 16, 2012

Lagu Teman Pengganti

Assalamualaikum uols,

Sebenarnya nk share pasal lagu Black & Malique ni...
Tajuk Teman Pengganti. Lagu ni lirik dia mendalam, mmg kene berfikir bila baca lirik tersebut...Dalam erti kata lain isi tersirat...

So far lirik ni ader gak kne mengena dgn aku...."Rahsia ini telah lama aku pendamkan"...suma ada rahsia sendiri, samada kecil atau besar...kannnnnnn

Mari sama2 kita decrypt lirik ni...jgn terjemahkan ia dgn mata, terjemahkan ia dengan akal .... ^^


Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama


Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka


Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah


c/o
Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti


Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami


Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna


[Ulang  c/o]

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri


Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti


Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti



** Out-of-topic : Mcm lagu Bawaku Pergi yg kontroversi tu hehehe, if kita duduk decrypt kn maksud tersirat kita akan paham makna sindiran itu.
Tp aku setuju lagu ni di "haram"kan, coz dengan keadan pemikiran remaja sekarang, tak mungkin dorang boleh terjemahkan ayat sindiran tersebut.
Mmg style org sekarang, terima sesuatu dengan mata & kurang berfikir.
Islam pon mengajar umat nya berfikir, so mari kita banyak berfikir mengenai erti kewujudan.